Untuk mencerdaskan anak

UNTUK MENCERDASKAN
MINDA ANAK-ANAK
Terlalu banyak orang
bercerita tentang
kehebatan kebijaksanaan
Adi Putra atau nama
penuhnya,Adi putra bin
Abdul Ghani yang kini
berusia 7 Tahun . Beliau
adalah permata berharga
kepada Abdul Ghani bin
Wahid, 48 tahun -
juruteknik Tenaga
Nasional Berhad serta
Srihana Alias, 30 - bekas
guru dan kini menjadi
guru tuisyen. Berasal dari
Kuala Kurau ,
Perak ,Malaysia. Beliau
adalah anak bongsu dari 3
adik – beradik.
Ogos lalu, Berita Harian
melaporkan kehebatan
Adi Putra dengan mudah
mengalahkan 19 guru
serta 230 pelajar Tahun
Satu hingga Enam dalam
ujian kepintaran minda di
Sekolah Kebangsaan
Kuala Kurau Baru dekat
Bagan Serai.Dalam ujian
itu, Adi Putra dengan
pantas menjawab tepat
sehingga membuatkan
guru tertanya-tanya
mengenai formula sifir
dan logik menjawab
soalan yang diberi secara
rawak.Bermula dari
situlah, nama Adi Putra
sering meniti di bibir-bibir
para ahli akademik dan
juga segenap lapisan
masyarakat setempat.
kanak-kanak itu mampu
menyelesaikan pelbagai
soalan matematik
peringkat sekolah
menengah dan mengenal
dengan mudah angka
trilion.Adi Putra hanya
mengambil masa kurang
satu minit bagi menjawab
soalan asas matematik
manakala bagi soalan
peringkat sekolah
menengah serta asas
universiti, kanak-kanak itu
mampu menyelesaikannya
kurang lima minit dengan
hanya menggunakan jari
dan kekuatan ingatannya.
Beliau mampu
menyelesaikan soalan
algebra, trigonometri,
punca kuasa , indeks ,
teoram phythagoras dan
penyelesaian masalah
dalam matematik. Selain
itu ,beliau juga mahir
dalam ilmu komputer
serta pemikiran logik
dalam juga masalah
ekonomi walaupun tidak
pernah mendapat
pendidikan formal.
Kebolehan menjawab
soalan matematik
tambahan secara congak
dengan tepat dan
menerangkan bagaimana
beliau memperoleh
jawapan berkenaan
menggunakan formula
sifir dan logik tersendiri,
juga meyakinkan.
Menurut Penulis Berita
Harian; yang mempunyai
sedikit latar belakang
dalam matematik
tambahan, terasa kagum
melihat keupayaan
seorang kanak-kanak yang
tidak mempunyai
pendidikan formal
matematik seperti Adi
mampu menyelesaikan
soalan seperti 30.80 - 2
7/10-3 2/100 = 25.08 atau
1/16 = 0.0625 atau (3/4)
kuasa dua - punca kuasa
tiga 125 = -4 7/16 secara
congak.Adi menyelesaikan
soalan itu kurang
daripada sesaat kerana
anak genius ini
memberikan jawapan
secara spontan sebaik
melihat soalan yang
diberikan bapanya, Abdul
Ghani Wahid.
Abdul Ghani berkata,
kepintaran anaknya
dikesan sejak berusia
empat tahun apabila Adi
Putra berjaya
menyelesaikan masalah
matematik abangnya yang
ketika itu di Tahun
Dua."Keistimewaan Adi
Putra terus meningkat
apabila tanpa disedari
berjaya menyahut cabaran
supaya menghafal sifir
satu hingga 12 dalam
tempoh seminggu, "
katanya."Selepas itu kami
mengajarnya cara
pengiraan dan mendapati
dia dapat belajar dengan
pantas. Malah, dia tidak
akan tidur sehingga jam 4
pagi kerana mahu
menyelesaikan kiraan
yang rumit."Jika tidak
dapat menyelesaikannya,
dia akan menangis tanpa
henti sehingga dibantu
menyelesaikan kiraan itu,"
katanya.
Abdul Ghani berkata,
walaupun mempunyai
kebolehan luar biasa, Adi
Putra berkelakuan seperti
kanak-kanak lain yang
gemar bermain.
Persoalannya ialah
bagaimana kanak-kanak
berusia enam tahun dan
ketinggian tiga kaki
setengah ini mempunyai
kemampuan luar biasa
itu? Apakah kesan dididik
dengan formula khusus
oleh ibu bapanya atau ia
memang satu
keistimewaan pemberian
Ilahi.
Dalam pertemuan dengan
Berita Minggu, memang
terasa kebolehannya
adalah pemberian Tuhan
dan Adi Putra mungkin
satu dalam sejuta yang
memiliki kecerdasan
akliah seperti itu.Bapanya
yang lebih awal mengenal
pasti keistimewaan
anaknya menanam
pelbagai usaha menguji
sendiri tahap
kecerdasannya dengan
membimbing dan
mengajar asas matematik
pada usia Adi Putra
seawal tiga tahun yang
kemudian mendapati
kebolehan anaknya
melebihi kanak-kanak
biasa. Menurutnya, beliau
dan isterinya, Serihana
Alias, 30, mendapat
pelbagai jenis petanda
sebelum kelahiran Adi
Putra. Pada masa itu
mereka tidak tahu apakah
yang dimaksudkan tanda
luar biasa yang mereka
dapat itu.Beliau teringin
sangat menamakan
anaknya Adi Putra dan
setelah menjalankan
sedikit kajian Abd Ghani
mendapati "Adi Putra"
adalah nama kepada Tok
Guru Silat kepada
pahlawan dalam sejarah
Melayu iaitu Hang Tuah.
"Pada waktu itu kami juga
tidak membuat imbasan
untuk melihat jantina
anak kami. Kemudian saya
bertanyakan kepada
seorang yang
berkemahiran dalam ilmu
mistik, bolehkah saya
menamakan anak saya Adi
Putra."Orang itu berkata
nama itu keras dan anak
yang diberikan akan
menangis tiga hari tiga
malam jika tidak serasi
dengannya dan perkara
itu tidak berlaku kepada
Adi Putra. "Tidak pula
saya sangka akan
mendapat anak lelaki
kerana saya benar-benar
teringin menamakannya
Adi Putra... mungkin
sebab itu dia suka
bermain pedang jika
ternampak kayu," katanya
sambil ketawa.
Abdul Ghani berkata,
orang itu juga telah
meminta isteri saya
supaya membaca al-
Quran, terutamanya surah
Luqman,Yusof dan
Maryam sepanjang
mengandungkan anak
ketiganya.
Bagi mencerdaskan
mental anak-anak, ibu
bapa mestilah prihatin
dengan setiap suap
makanan yang dinikmati
oleh anak kita. Memberi
makanan yang berzat dan
seimbang adalah penting
untuk menjamin
tumbesaran anak.
Tahukah bahawa
perkembangan mental
dan fizikal anak juga
berkait rapat dengan jenis
pemakananyang diambil?
Untuk membina
kecerdasan mental anak,
seseorang ibu perlu
mengambil langkah awal
yaitu semenjak dalam
kandungan lagi. Seseorang
itu mestilah mengambil
makanan berbentuk
protein, karbohidrat,
vitamin dan kalsium yang
mencukupi. Ini akan
menjamin bayi yang
dilahirkan berkeadaan
baik dan sihat.Bagi kanak-
kanak pula, digalakkan
diberi bahan bantuan
untuk kesihatan anak.
Contohnya pil vitamin,
kismis dan buah badam.
Menurut pakar kesihatan,
makanan begini penting
untuk meningkatkan lagi
tahap kesihatan dan
kecerdasan mental anak.
Menganjurkan aktiviti
rekreasi dan senaman
adalah baik untuk
meningkatkan lagi
ketajaman fikiran anak-
anak. Aktiviti kembara
dan perkelahan misalnya,
secara tidak langsung
akan membentuk fikiran
kreatif dan tahan tekanan
dalam diri anak. Mereka
dapat mempelajari cara
menyelesaikan masalah
dengan menggunakan
idea yang bernas dan
kreatif. Di samping dapat
menenangkan hati dan
membantu menghilangkan
tekanan.
Kebiasaannya, anak-anak
kecil minatnya lebih
cenderung untuk bertanya
itu ini dan berceloteh
panjang. Sebagai seorang
ibu, layanilah dengan
sabar setiap apa yang
ditanya dan diperkatakan
oleh anak-anak. Semoga
ianya dapat memupuk
minat mereka terhadap
apa yang mereka lihat,
dengan menceritakan
kepada mereka kejadian
alam, keajaiban
cakerawala dan keindahan
ciptaan Tuhan.Pastikan
setiap jawapan kita
hendaklah berbentuk
positif agar sifat ingin
tahu terus subur di hati
mereka. Mereka akan
lebih bersungguh-sungguh
untuk mencari sesuatu
yang ingin mereka ketahui
dan menjadikan mereka
lebih `sensitif ' dengan
perkembangan ilmu.
Dengan pemikiran yang
rasional, diri kita akan
lebih terpandu ke arah
kebaikan. Sehubungan
dengan itu, kita perlulah
melatih anak sejak kecil
agar dapat berfikir secara
rasional dan kreatif.
Terdapat banyak cara
untuk kita memupuk daya
pemikiran anak agar
rasional dalam bertindak.
Cara yang terbaik ialah
dengan melatih mereka
membuat keputusan
sekiranya menghadapi
masalah. Bimbinglah
mereka cara yang terbaik
dalam menyelesaikan
masalah.Melatih anak
berfikir secara rasional
dan positif, akan
menjadikannya orang
yang suka berfikir
sebelum bertindak.
Mereka juga akan lebih
berhati-hati dalam
menimbang baik buruknya
sesuatu perkara. Justeru,
fikiran mereka lebih
pantas berhujah dengan
bernas dalam
mengutarakan pendapat.
Melatih anak berdikari
akan mematangkan
mereka dalam bertindak
dan juga berfikiran lebih
kreatif. Ini kerana, anak
yang sudah dibiasakan
dengan hidup berdikari
lebih cekap
menyelesaikan sebarang
masalah hidup dengan
lebih baik.Anak-anak juga
perlulah digalakkan agar
sentiasa meringankan
tugas kita. Selain daripada
membiasakan mereka
mengurus diri, mereka
juga perlulah dilatih untuk
hidup sederhana.Apabila
sudah terbiasa berdikari,
fikiran mereka akan
mudah menilai keadaan
sesuatu perkara. Mereka
akan menjadi perancang
masa depan yang bijak
dan tidak akan khuatir
dengan sebarang mehnah
yang menggugat.
Minda anak-anak juga
boleh dikembangkan
dengan menggunakan
bantuan beberapa jenis
material seperti bahan
bacaan dan permainan.
Bagaimanapun, bahan
bacaan yang dipilih
mestilah bersesuaian
dengan peringkat umur
dan kematangan
mereka.Bahan bacaan
tidak semestinya
berbentuk proses
pembacaan sahaja. Ia juga
boleh berbentuk praktikal
seperti aktiviti mengira,
mengolah, mewarna dan
sebagainya. Pastikan juga
bahan bacaan tersebut
bukan sekadar buku
cerita, malah berkisarkan
pengetahuan
sains,matematik, geografi
ataupun sejarah. Bahan
bacaan seperti ini bukan
hanya dapat
mengembangkan minda
anak-anak, tetapi juga
mendidik anak-anak
cintakan ilmu.Anak-anak
juga boleh dihiburkan
dengan permainan-
permainan yang
bermanfaat, yang
menyeronokkan tetapi
pada masa yang sama
boleh mengembangkan
daya pemikiran.
Antaranya, seperti catur,
kuiz mengeja, kuiz
matematik dan
sebagainya.
Sejarah telah
membuktikan bahawa
ulama dan cendikiawan
dahulu, mempunyai daya
ingatan yang cukup hebat.
Mereka bukan sahaja
mampu menguasai ilmu
sains dan matematik,
tetapi juga mendalami
ilmu Islam seperti fekah
dan tauhid. Lebih
mengagumkan lagi,
mereka mampu
menghafal al-Quran
semenjak kecil.
mempunyai kekuatan
daya ingatan yang
tersendiri. Sekiranya ia
dipupuk dengan
menghafal sesuatu yang
bermanfaat, ia akan
memantapkan lagi
kekuatan yang ada. Lebih-
lebih lagi kalau yang
dihafal itu ialah ayat-ayat
al-Quran.Bukankah Allah
menjanjikan ketenangan
hati, lapang jiwa dan
ketajaman akal bagi orang
yang cinta akan al-Quran?
Adalah wajar kita
mendorong anak-anak
agar menghafal atau
melazimkan mereka
membaca al-Quran. Pada
peringkat kanak-kanak,
jiwa, hati dan fikiran
mereka bersih. Lantaran
itu mereka lebih mudah
menghafal. Jangan
persiakan zaman kanak-
kanak, semoga minda
anak kita lebih bersih
daripada sebarang anasir
`kotor ' yang boleh
menggelapkan hati.
Adalah baik sekiranya kita
sering meluahkan kata-
kata yang baik seperti
memuji anak-anak,
semoga ia turut menjadi
doa buat mereka. Ia juga
akan dapat
membangkitkan lagi
semangat anak untuk
terus membaiki
diri.Berdoalah setiap kali
selepas solat, agar kita
dikurniakan anak yang
pintar dan semoga
kebijaksanaan itu dapat
menambah kebahagiaan
keluarga kita. Alangkah
baik jika kita dapat
mendirikan solat hajat
untuk anak-anak kita yang
bakal menduduki ujian
atau peperiksaan.
Merayulah kepada Allah
agar anak kita diberi
kemudahan untuk
menerima ilmu dan
berjaya meraih cita-cita
dalam hidupnya.
Kecerdikan dan
kepintaran anak itu
adalah anugerah Allah,
maka kepada-Nyalah kita
merayu dan berusaha agar
anak kita turut sama
menikmati anugerah itu
dengan cara yang paling
baik.Semoga dengan
kebijaksanaan kita, akan
mendekatkan diri kita
kepada Allah dan dapat
mengekalkan kemesraan
sesama keluarga.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kusen Aluminium Jawa Timur

Harga Kusen Aluminium Per Meter 2025

Jasa Kusen Aluminium untuk Daerah Wiyung dan Lakarsantri Surabaya Barat