tip tip mendidik anak

Tips Mendidik Anak Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali,
terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu; 1)
Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 2)
Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 3)
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak. 4) Memaki hamun sebagai
cara menegur kesilapan anak- anak. 5) Tidak berusaha mempelbagaikan
makanan yang disaji untuk anak-anak. 6) Jarang bersama anak-anak
sewaktu mereka sedang makan. 7) Melahirkan suasana yang kurang
seronok ketika makan. 8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap
anak-anak. 9) Kurang melahirkan kasih sayang. 10) Sering mengeluh
di hadapan anak-anak. 11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka
pergi & pulang dari sekolah. 12) Tidak mengenalkan anak- anak dengan
konsep keadilan. 13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan
anak-anak. 14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak. 16) Tidak
menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca. 17) Mengizinkan
anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal. 18) Tidak tunjuk
contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak. 19) Jarang
meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak. 20) Terdapat
jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak. 21) Tidak
menggunakan bahasa yang betul. 22) Suka bertengkar di hadapan
anak-anak. 23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan
anak-anak. 24) Tidak Membimbing Anak- anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak. 26) Terlalu
mengongkong kebebasan anak-anak. 27) Tidak menunaikan janji yang
dibuat terhadap anak- anak. 28) Tidak menunjukkan minat kepada
aktiviti anak-anak. 29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan
anak- anak. 30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan
anak-anak. 31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-
anak. 32) Lambat memberi penghargaan kepada anak- anak. 33) Kerap
Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. 34)
Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 35)
Sering mengancam dan menakutkan anak-anak. 36) Menghukum tanpa
menyatakan kesalahan yang dilakukan. 37) Tidak konsisten dalam
menjatuhkan hukuman keatas anak-anak. 38) Memberi nasihat yang sama
kepada anak-anak. 39) Tidak tegas mendidik anak-anak. 40) Tidak
menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama. Teknik mengajar anak
MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya 1. Jika si ibu
marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi.
Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat
terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik
oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/ undang2 ,
anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi.
Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg
terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah
menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi ( ibu/bapa). Anak
hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah
betul belaka kerana ada yg backing. 2. Bapa DILARANG
menengking/mengherdik/ bertengkar Ibu di hadapan anak2. Begitulah
sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin
putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg
sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2. 3. Sentiasa masak
utk anak dan ajak anak sama2 masak/ makan, makanan hasil tangan ibu
ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu. 4. Ibu bapa
MESTI makan bersama anak-anak

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kusen Aluminium Jawa Timur

Harga Kusen Aluminium Per Meter 2025

Jasa Kusen Aluminium untuk Daerah Wiyung dan Lakarsantri Surabaya Barat