mendidik anak
Sedikit info TIPS 9 : MERAIKAN ANAK- ANAK KETIKA MEREKA PERGI
DAN PULANG DARI SEKOLAH Kerap terjadi di kalangan ibu bapa yang
gagal memberi didikan dan tumpuan terhadap anak-anak yang bersekolah,
terutamanya ketika mereka pergi ke sekolah atau ᅡ pulang dari
sekolah. Ibu bapa tidak meraikan anak-anak mereka ketika pergi dan
pulang dari sekolah. Ini berpunca dari kesibukan mereka dalam
menjalani tugas ataupun sememangnya mereka malas dan menganggap
kerja-kerja seperti ini satu perkara yang kecil dan remeh. Ibu
bapa seharusnya menyedari kecuaian mereka meraikan anak-anak semasa
pergi dan pulang dari sekolah. Sekiranya anak-anak dibiarkan pergi
dan pulang tanpa ditanya dan diraikan, mereka akan berasa kurang
ceria, kurang berminat dan adakalanya anak-anak boleh membohongi
ibu bapa dengan mudah, bahkan kadang- kadang ibu bapa tidak tahu apa
yang anak-anak mereka lakukan. Bagi anak-anak pra sekolah,
lebih-lebih lagi yang baru masuk sekolah atau setahun bersekolah,
tentulah anak-anak ini masih ada lagi perasaan takut untuk
bersekolah. Ketika proses awal persekolahan inilah ibu bapa perlu
mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
memainkan peranan dengan melapangkan sedikit masa untuk meraikan
pemergian dan kepulangan mereka dari sekolah. Perkara- perkara
berikut mungkin boleh dijadikan amalan harian : Mengejutkan mereka
dari tidur dengan penuh kasih sayang Menahan sabar terhadap
sebarang kerenah mereka pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.
Cuba untuk bersama-sama bersarapan pagi dengan mereka sambil
menanyakan kemajuan persekolahan mereka. Sama-sama bergerak ke
muka pintu untuk melepaskan mereka pergi sambil bersalam-salaman
dan berdakap-dakapan. Suasana berkasih sayang seperti ini amat
penting terutama bagi mencairkan kerenah-kerenah negatif yang
biasanya ditunjukkan pada waktu pagi. Kalau ada peluang cuba
hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Dalam perjalanan yang singkat
itu banyak bentuk komunikasi yang dapat dilakukan. Banyak proses
faham-memahami dapat diusahakan. Jadikan rutin seperti ini sesuatu
yang menyeronokkan. Raikan kepulangan mereka. Tanyakan apa yang
berlaku di sekolah. Sajikan makanan mereka. Kalau berkelapangan,
hadirkan diri sebentar untuk sama-sama menjamah makanan dengan
mereka. Sering ingatkan mereka tanggung jawab menyembah Allah
S.W.T sebelum mereka melakukan perkara-perkara lain Klik untuk TIPS
10

Komentar
Posting Komentar